Tuesday, June 28, 2011

ALUMNI SMKASR

Assalamualaikum

Semua bekas pelajar SMKASR ..

Kami warga sekolah sedang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2012. Banyak bidang akademik dan bukan akademik sedang rancak dikemaskini dan dinaiktaraf. Salah satu darinya ialah bidang Alumni Sekolah.

Semua bekas pelajar sekolah ini diminta kerjasama untuk memberikan sedikit maklumat terkini melalui borang yang dilampirkan dan diserahkan semula borang berkenaan ke pejabat sekolah secepat mungkin untuk dikemaskini.

Borang berkenaan boleh di'download' dan dihantar ke pejabat sekolah menggunakan email :

smkasharodz@gmail.com

Kerjasama dan keperihatinan semua bekas pelajar diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Labels