Sunday, February 1, 2009

Alumni Tmn Selayang(2) - 1feb2009 (Rasa Sayang R)


Assalamualaikum semua bekas murid 6 Anggerik 1989,
Terima kasih atas majlis yang telah dibuat tadi.. saya berasa sungguh terharu dan berbangga dengan keupayaan anda semua mengadakan majlis tersebut. Walaupun ringkas tetapi untuk buat pertama kali, ia memberi kesan mendalam kepada semua yang hadir. Tahniah dan syabas kepada pengelolanya Dian Megawati.
Semuanya telah berubah, maklumlah sudah 20 tahun baru berjumpa. Kita bersyukur kerana semua murid saya ni 'menjadi'.. Dian, Azilah, Diana, Nizaha, Norhuda, Suzylena, Mariana, Luqman, Sukor, Johari, Razali, Asdi, Nizam, Tuan Adnan (ada lagi ke yang tak tulis ? ), awak semua ni memang membanggakan saya. Saya harap kita akan menjadi kumpulan bekas murid yang aktif, aktif dengan perancangan dan aktiviti.. agar selain dari bekerja, kita boleh melakukan aktiviti yang 'anti stress'. Saya menyokong dari belakang. Memang saya seronok dengan majlis tadi. Semoga kita akan berjumpa lagi. Jangan lupa contact no semua.. Ok, jumpa lagi, insyaaallah.

Labels