Saturday, May 2, 2009

Form 5 : Revision Questions - Mei 2009

1. Huraikan dua fungsi CPU sebagai komponen utama aliran sistem kerja (block cycle diagram)
i)unit arimetik dan logik
ii)unit kawalan.

2. Berikan dua perbezaan antara ROM dan RAM.

3. Nyatakan perbezaan storan primer dan storan sekunder (primary & secondary storage)

4. Nyatakan satu fungsi perisian MS Excel.

5. Jelaskan dua kesan penggunaan perisian MS Excel terhadap budaya kerja seorang guru.

6. Nyatakan dua perbezaan antara teknologi perisian MS Word dan mesin taip.

7. Anda merupakan setiausaha Persatuan Kelab Komputer sekolah anda. Kelab Komputer ingin mengadakan satu ceramah tentang 'Kelebihan Hamparan Elektronik' yang akan di Makmal Multimedia. Selaku setiausaha anda telah menyediakan beberapa catatan untuk diterangkan kepada perserta seminar. Segala catatan tadi akan diubah dan dimasukkan ke dalam komputer untuk memudahkan penerangan anda nanti.

a) Berikan 2 ciri fungsi hamparan elektronik dan nyatakan 2 contoh perisian hamparan elektronik.
b) Jelaskan 2 kesan penggunaan perisian hamparan elektronik
c) Terangkan bagaimana setiausaha kelab dapat menyampaikan ceramah beliau dengan lebih menarik.
d) Nyatakan alatan-alatan tambahan yang boleh digunakan untuk membantu setiausaha kelab dalam ceramahnya.

8. Suu Wit sedang membuat kajian mengenai internet sebagai sebahagian dari kerja kursus di sekolah. Dia menyenaraikan istilah-istilah berikut untuk difahami dengan lebih mendalam.
A. www
B. penggodaman (hacking)
C. kelucahan (phonography)
D. rangkaian komputer dan telekomunikasi

a. Jelaskan maksud www yang dikenalpasti oleh Su Wit.
b. Nyatakan bagaimana aktiviti B di atas boleh dilaksanakan menggunakan internet dan terangkan kesannya terhadap sistem komputer.
c. Huraikan bagaimana perkara C yang digariskan oleh Su Wit dikaitkan dengan internet dan nyatakan kesannya terhadap pelajar.
d. Dengan contoh yang jelas, huraikan bagaimana penggunaan sistem D dapat mempengaruhi kehidupan manusia.

Labels